Artikel


Definisi emas adalah unsur kimia dengan nomor atom 79 dan massa atom 196,967. Berupa logam dengan titik lebur 1.063° C dan titik didih 2.600° C. Emas merupakan logam yang paling lenting dan mudah ditempa, juga konduktor yang baik. Logam ini tidak aktif secara kimiawi, dan tahan karat. Emas sering terdapat bebas di endapan sungai, urat kuarsa, atau dari pirit. Mungkin juga emas terdapat pada bijih besi atau perak, tembaga, timbale, nikel, dan tellurium. Penggunannya yaitu : dulu digunakan sebagai uang logam dan sekarang masih merupakan standar pertukaran internasional. Sampai sekarang dipakai untuk perhiasan, seni, kedokteran gigi, penyepuhan, dan dalam bentuk radioaktif dipakai untuk pengobatan tumor. Symbol kimia dari emas yaitu Au. 

Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW telah bersabda “Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar dan dirham (untuk digunakan). Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal.
  
Kelebihan Emas

1) Emas ialah kekayaan yang sebenarnya 
2) Emas bernilai untuk selama-lamanya. 
3) Emas mengekalkan kuasa belinya di dalam jangkamasa panjang.  
4) Emas tidak boleh dimanipulasikan.
5) Simpanan aset yang mudah dicairkan dan laku dimana sahaja pada bila-bila masa
6) Tidak memerlukan pihak ketiga untuk urusan jual-beli, pelabur sendiri boleh menjual    emas simpanan pada bila-bila masa
7)  Halal dengan akad jual beli emas yang dituntut islam 
8)  Mudah dan senang untuk diuruskan. Hanya simpan dan tunggu
9) Aset simpanan apabila keadaan ekonomi, politik walaupun sistem ekonomi jatuh
10) Pelaburan yang selamat, jika amaun simpanan adalah besar, pelabur boleh menyimpan di peti simpanan keselamatan pada kadar sewa yang berpatutan
11) Aset yang boleh diturunkan ke waris tanpa perlu pertukaran dokumen, mahkamah dan campur tangan pihak ketiga
12) Boleh dipakai, disentuh dan dilihat dengan mata kasar
13) Boleh dipajak untuk tunai sementara, pada bila-bila masa dengan kadar upah yang rendah di ar-rahnu
14) Senang untuk dibawa kemana-mana kerana mempunyai pelbagai variasi saiz dari 5gram – 100gram
15)  Boleh diniagakan tanpa campur tangan pihak ketiga
16) Sebagai salah satu cara menyimpan duit dari berbelanja kearah perkara yang membazirkan.
17)  Boleh menjadi permulaan suatu bisnes untuk keluarga dengan menyimpan emas untuk diniagakan
18)  Tiada cukai dikenakan kecuali zakat emas untuk orang islam
19)  Membeli emas bukan sahaja menguntungkan diri sendiri bagi wanita, tetapi juga dapat membantu suami, anak-anak dan keluarga apabila keadaan memerlukan.
20)  Sebagai hadiah kepada isteri, anak-anak dan ibu bagi menghargai mereka
21) HANTARAN KAHWIN!! SAPA KAHWIN TAK BELI EMAS. Lebih lama ditunggu, harga emas akan lebih tinggi..
 



No comments:

Post a Comment